Wednesday, January 18, 2012

Permata Hati Ummi & Abi


Tanggal 18 September 2011, isteriku selamat melahirkan bayi kami yang pertama.. Bayi perempuan yang dilahirkan pada awal pagi hari Ahad itu kami namakan Rania Humaira..

Rania membawa maksud kegembiraan & Humaira membawa maksud kemerahan.. Sesuai ngan namanya, Rania Humaira memang menjadi kegembiraan & penambah seri dalam rumah tangga aku & dia..

Saat yang paling bahagia & tak akan aku lupa ialah saat aku sentuh Rania Humaira buat kali pertama.. Berat bayi comel yg kemerahan ni cuma 2.7 kg je & saiznya agak kecil.. Dalam kekok, aku angkat Rania & dengarkan azan & iqamah kat telinga dia..

Rania Humaira ni memang x banyak kerenah, dia akan tidur sepanjang masa & bangun untuk menyusu sekali-sekala.. tapi, sebab terlalu banyak tidur, Rania hidap penyakit 'kuning' yang agak tinggi tapi sembuh lps tu tanpa perlu masuk hospital.. Rania memang cepat membesar, dalam masa dua bln je, berat dia dah bertambah kepada 5 kg. Masa ni tubuh dia dah bulat & pipi dia sgt tembam.. Sekarang ni Rania Humaira dah lebih 3 bln, semakin comel & cepat belajar.. Dia dah mula nak meniarap & dah nak bljr bercakap..

Tapi sayangnya, sekolah dah start balik & kami kena balik semula ke Kuala Kubu Bharu.. 'Si dia' dah kena start mengajar semula & aku pun terpaksa berjauhan semula dgn keluarga.. Kali ini aku betul-betul rasa tak mampu nak balik ke tempat kerja sebab aku terpaksa tinggalkan Rania & Ummi sendirian.. Tapi apakan daya, demi mencari sesuap nasi, terpaksa aku gagahkan langkah meninggalkan keluarga tersayang.. Walaupun berjauhan, Rania & Ummi ttp sentiasa dihatiku..

[to Ummi & Rania]

Abi terpaksa tinggalkan Ummi & Rania, tapi abi tak pernah jauh.. Bila-bila masa je abi akan ada bila Ummi & Rania perlukan abi.. Ummi kena tabahkan hati, Rania kena dgr ckp Ummi & x nak nangis2.. Insyaallah tuhan akan satukan kita kembali..

0 comments: