Saturday, August 20, 2011

Our Fetus!!

Last friday as usual pegi check up utk 4 dis month..baby dh 34 weeks ++..Alhamdulillah..semuanya ok..baby pn dh capai berat 2.2kg compared to last check up 1.8kg..naik 400g..it's good eventhough umminya puasa baby tetap naik beratnya..berat ummi plak xnaik pn..still 61kg mcm last check up.. sgt excited actually coz at last baby nk gak tunjuk muka..kalau x asik ttp ngn tangan je..dis time siap bleh senyum2 lg..rs nk mengalir air mata..sungguh perasaan menjadi bakal ibu itu xternilai harganya..sgt2 indah..rasa setiap kali baby bergerak dlm rahim tu sgt indah..xterucap..setiap x baby bg reaksi bile bercakap ngn die..bagaikan die memahami ape yg umminya ckp..terima kasih Ya ALLAH kerana memberiku peluang untuk merasa keindahan menjadi seorang ibu.. Suamiku juga sgt teruja..xsabar mahu baby cepat2 lahir..oleh kerana terlampau excited hari ini die mengajakku ke plaza low yatt..nk beli kamera baru yg lebih canggih katanya..xsabar nk ambil gambar baby..aku ikutkan sahaja kemahuannya itu.. sesungguhnya kami xsabar menanti kelahiran cahaya mata pertama kami..semuanya ok setakat ini dan harapnya akan terus ok tanpa apa2 masalah sehingga hari kelahiran cahaya mata kami nanti..InsyaALLAH..amin..


[untuk sayangku]
drive leklok sayang..see u next thursday..baby & ummi will be waiting for u..xsabar nk cuti kan sayang..luv u & miss u so much..mmuah..

Saturday, August 13, 2011

Happy Birthday my love..


Esok tanggal 14 Ogos adalah hari kelahiran insan yg teramat ku cintai..suamiku..namun xdapat nk menyambutnya bersama kerana Si dia br shj bertolak pulang demi menunaikan tanggungjawab dan mencari rezeki..

hanya sempat memberi ciuman selamat hari lahir buatnya..kekadang terasa diri ini xckp kuat untuk menempuh hari-hari tanpa Si dia disisi..namun, demi baby kami, ku gagahkan jua diri ini..

sudah 7thn aku menyambut hari lahir bersama si dia..tahun ini si dia tidak ingin ape2 hadiah kerana baginya kelahiran baby kami pd bulan hadapan adalah perkara yang amat ditunggu2 dan berharga..

pagi nnt akan bersahur seorang diri lg..harap dpt kuatkan diri untuk bangun..mlm ni mahu tidur awal..kesihatan tidak mengizinkan untuk aku terus berjaga..

buat suami tersayang..baby dan ummi doakan abi selamat sampai ke rumah..will wait for you this thursday..miss u already sayang..

[buat suamiku]

selamat hari lahir sayang..semoga sayang bahagia hidup bersama ayang..akan cuba sedaya upaya untuk membahagiakan sayang..love you so much..mmmuaah..

Wednesday, August 3, 2011

Missing him so much..


Hari ini hari ketiga umat Islam menunaikan ibadah puasa..aku? tiga hari bersaur, tiga kali jugak aku muntah balik ape yg aku makan..akibatnya..xsampai petang aku dh terkulai layu..risau memikirkan keadaan baby takut dia xmendapat makanan yang secukupnya.. Menu berbuka juga tidak menyelerakan..namun aku paksa diri dan gagahkan juga diri untuk makan nasi..demi babyku..nasi dengan ayam percik adalah menu berbuka pada hari pertama berpuasa..ku paksa diri untuk habiskan..Menu berbuka hari keduaku ialah ikan keli berlada dan pecal..xdapat ku habiskan walau sudah dipaksa diri ini.. Dua hari berpuasa, dua hari jugalah aku terbaring terus selepas solat isyak..teringin untuk mengerjakan solat terawih..tapi diri ini xcukup gagah dan kuat..sekarang pun aku sudah terpaksa mengerjakan solat sambil duduk.aku cuba untuk menunggu si dia pulang dari solat terawih..tp akhirnya tertidur..rindu sungguh rasanya diri ini padanya..xsabar menunggu kepulangan yang tersayang esok..hari pertama kami untuk berbuka bersama..perlu memikirkan menu untuk berbuka esok.. sudah 3 hari tidurku xlena..terasa cukup mengah dan lelah..mungkin kerana babyku sudah semakin membesar..nafas terasa lelah..semoga semuanya akan selamat dan berjalan lancar.. cukup rasanya buat kali ini..terlalu merindui si dia..


[untuk sayangku]
miss u so much..sorry ayang tertidur semalam sebelum sempat sayang balik..can't wait to see you tomorrow..love you sayang..

Monday, August 1, 2011

Ramadhan pertamaku as a wife and mom's to be..


Masa berlalu tanpa kita sedari..tahun ni merupakan Ramadhan pertamaku sebagai seorang isteri and bakal ibu..gembira..ya.aku bersyukur pada yang Esa kerana masih diberi kesempatan untuk merasai semua ini..satu pengalaman yang baru dalam hidupku..satu lagi stage dalam hidupku.. Tapi, kami masih berjauhan..berjumpa hanya pada hujung minggu..Ramadhan kali ini mungkin sedikit menyedihkan..walaupun kami sudah bergelar suami dan isteri tetapi masih tidak dapat menyambutnya bersama-sama..bersahur dan berbuka bersama hanya pada hujung minggu..masih lagi saling kejut sahur melalui phone calls as we are in college.. Ditambahkan pula dengan diriku yang sedang sarat hamil, sedikit pilu rasanya..Hari ini merupakan hari pertama bersahur sebagai ibu hamil..15 minit lepas sahur, aku sudah muntah..hopefully puasaku akan kuat dan teguh..badanku akan sihat..demi babyku.. Hari ini aku bercuti..sempena 1 ramadhan..ada aku meminta untuk ikut si dia balik ke gua musang, namun si dia x izinkan kerana memikirkan kesihatan aku dan baby..xsanggup si dia untuk membiarkan aku pulang sendiri nnt dengan menaiki bas. ditambah pula aku mengalami sedikit bleeding pada hari jumaat lepas.. sedikit kecewa, namun aku terima keputusan si dia kerana aku tau si dia memikirkan tentang kesihatan aku dan baby.. Diharapkan kedatangan Ramadhan kali ini akan memberi sinar dan harapan baru kepada kami sekeluarga..semoga segala ibadat dan amalan kami diterima-Nya..semoga akan ada berita gembira buat kami menjelang akhir tahun nnt..semoga aku selamat melahirkan zuriat suamiku yang tercinta..Amin..

[untuk sayangku]

abang..semoga kita sama-sama kuat dan tabah dalam mengharungi segala dugaan yang diberikan oleh-Nya..sesungguhnya ayang terlalu merinduimu..ayang akan kuat demi abang dan baby..luv u so much..mmuahh