Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 6, 2010

9 Perkara Romantik Ketika Bercinta

Artikel ni aku terbaca dalam gua.com.my lps aku hbs lyn cite dunia baru reunion.. tajuk artikel ni 9 perkara romantik ketika bercinta.. So, aku pun nak tau jgk sejauh mana keromantikan aku dalam bercinta ni.. sebab 'Si dia' cakap aku romantik sangat.. mungkin dia nak jaga hati aku, tp mgkn tidak.. haha

So, aku akan gunakan senarai semak ni utk menentukan tahap keromantikan aku.. berikut adalah skala pemarkahan yang akan digunakan;

9 /9 = romantika picisan 6 /9 & ke atas = romantik

3 /9 & ke atas = suam2 susu 0 /9 & ke atas = kayu

Situasi 1
Menikmati pemandangan indah matahari terbenam bersama-sama.

Keputusan
yang ni mmg dah slalu sgt.. yang terbaru, aku & 'si dia' tgk sunset kat Taman Tasik Shah Alam.. (sila rujuk post terdahulu)

Situasi 2
Berduaan berjalan di dalam hujan.

Keputusan
Berjalan x penah, tp bermotor pernah.. Romantik ke? cari penyakit adela.. so yang ni dikira jgk sbb still berduaan dlm hujan..

Situasi 3
Kenal pasti wangian kegemaran pasangan anda. Apabila anda keluar bersamanya, semburkan sedikit wangian tersebut dan lihat reaksinya.

Keputusan
Dulu 'si dia' suka bau 'Dashing Active'.. 'Si dia' ckp rasa semangat je duk ngan aku.. Pas2 aku tukar 'Diesel Fuel 4 Life', yang ni dia suka sgt2.. 'Si dia' ckp membakar rasa cinta dia .. pas2 aku tukar lg 'Polo Explorer', yang ni pun dia suka.. 'Si dia' ckp rasa nak explore je.. (mengembara) jgn pikir bukan2..

Situasi 4
Bertukar hadiah. Tidak perlu mahal, cukup sekadar sekotak coklat atau sekuntum bunga mawar.

Keputusan
Dah berkotak2 coklat aku bg.. asal 'si dia' merajuk je aku bg coklat, asal aku bg coklat je 'si dia' merajuk.. bunga pulak time2 tertentu je.. paling banyak aku bg ros sedozen, paling skit sekuntum r.. sekarang aku x bg bunga dah.. nak tau sebab ape, tanya mak 'si dia'..

Situasi 5
Letakkan sekeping nota cinta di poket atau di dalam diarinya tanpa disedari. Apabila dia membaca nota cinta itu, si dia tentu akan tersenyum sambil mengingati anda.

Keputusan
Dulu2 time mula2 bercinta, mmg 'si dia' suka conteng handout aku.. mcm2 'si dia' tulis, luv u, miss u, serves u rite pun ada.. tapi xpe, 'si dia' comel sgt.. aku pun ada jgk conteng handout 'si dia', kdg2 test paper 'si dia' pun aku conteng.. bercinta sakan..

Situasi 6
Menyanyikan lagu cinta untuknya. Anda tidak semestinya bersuara merdu untuk tujuan ini. Cukuplah jika mesej yang cuba anda sampaikan berjaya diterimanya. Hatinya pasti tersentuh dengan segala usaha yang telah ditunjukkan oleh anda.

Keputusan
bab ni aku mmg dah expert.. Kalau boleh, aku nak jadi radio dalam bilik 'si dia'.. 'si dia' request je lagu ape2, sume aku nyanyi.. Kalau g karaoke, mmg aku r yg kena nyanyi selama 2 hingga 3 jam.. tp xpe, die hardest fan punya pasal.. tapi aku x setuju ngan kenyataan dlm situasi 2.. klau rasa suara x merdu, x pyhlah.. dedicate lagu kat radio cukup.. jadi bahan org je nnti..

Situasi 7
Pegang tangannya, pandang tepat pada anak matanya, cium tangannya dan letakkan di hati anda. Pasti si dia angau dengan perlakukan anda itu.

Keputusan
Tak tau lagi.. Belum kawen, Belum tau..

Situasi 8
Menonton filem romantik kegemarannya. Sesekali ubah selera anda yang sukakan cerita-cerita seram dan ganas. Si dia pasti akan menghargai usaha anda itu.

Keputusan
Aku pun suka filem komedi romantik ni.. in fact, aku yg suggest cite2 best kat 'si dia'.. baru2 ni pun 'si dia' tgk cite 'azura'.. 2 mmg cite favourite aku..

Situasi 9
Jangan sekali-kali lupa untuk memberikan kucupan selamat malam kepada pasangan anda. Mungkin ada yang beranggapan ianya remeh, namun terdapat pasangan yang mengakui kucupan selamat malam merupakan aktiviti paling romantik yang dilakukan selepas penat bekerja seharian.

Keputusan
yang ni aku setuju.. Sayang, dah kawen nnti ingatkan abg ek..hehe

Markah Kesuluruhan = 7/9

Dengan ini terbuktilah bahawa sesungguhnya aku seorang yang romantik.. Diulangi.. Romantik.. Sekian..
[dalam hati]

dah agak dah.. hahaha


1 comments:

Habibi said...

not bad sayang..dpt 7/9 lagi..hehe..nnt nk try jgk la..neway..miss u so much..mmuahh